Wednesday, 25 September 2013

"PROJECT MATA HATI CHARITY LUNCHEON"

Assalamualaikum
"PROJECT MATA HATI CHARITY LUNCHEON"
program ni berlangsung di Palm Garden Hotel, Putrajaya. program yang sangat memberi impak kepada semua. program ini merupakan gabungan antara beberapa universiti yang membantu menjayakannya,
pertama sekali adalah sesi bertemu adik-adik dari Sekolah Pendidikan Khas Setapak, KL. adik-adik ni kesemuanya mempunyai masalah penglihatan.first time aku tengok dorang ni aku "kagum". memasing saling membantu dalam segala hal.nak bejalan, nak turun tangga, saling berpimpin tangan gitu.sangat muhibah.!sebelum bermulanya aktiviti, kami diajar cara nak memimpin orang buta. banyak juga yang aku belajar.selama ni aku anggap benda ni mudah.tapi banyak teknik-teknik yang aku dapat belajar.rasa sangat bertuah dapat join program ni. 
Antara sahabat yang sesama join program ni.

penerangan tentang cara memimpin orang buta ditempat sempit.aku memang seorang yang tekun bila mendengar.counselor to be la katakan. *muntah cepat

sesi role play

"boboyot"
comel kan kami.hek3.3 orang wakil upsi, K.nani dari UKM. 3 orang adik2 setapak.

amirul dan min eng.sangat tersentuh dengan dorang. :'(

selesai tresure hunt.!kami antara yang terawal.yeaaaaaaaaaa.!


selesainya aktiviti ni, kami pon dijemput untuk menghadiri majlis penutup di hall apa nama ntah.tak hengat ingatan aku setakat seminggu ja bole ingat.masuk dua minggu memory full.banyak makan lalat mungkin.
program ni melibatkan beberapa universiti UPSI, UKM, UIA, UITM dan ramai volunteer dari pelusuk malaysia.haha. macam-macam aktiviti dilakukan sepanjang program ni.program ni berlangsung dah lama dan mendapat tajaan dari syarikat-syarikat ternama di Malaysia. Pihak kami (UPSI)dan UKM terlibat dengan aktiviti, UIA, UITM lebih kepada majlis penutupan.  syabas kepada semua pihak kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. sepanjang program ini dana  yang berjaya dikumpulkan adalah lebih kurang RM200 ribu. Satu jumlah yang cukup besar bagi program-program yang cenggini. tahniah.! Dana ini di kelolakan oleh UPSI bagi membantu pelajar-pelajar pendidikan khas.






 

adik Hema.
sangat manja+berbudi bahasa.

persembahan dari adik-adik Setapak ni membuatkan hati aku tersentuh bagai pokok semalu. walaupun mereka buta, tapi terang mata hati. orang celik pon tak boleh baca Al-Quran semerdu adik-adik ni. tabik springgggg. persembahan dikir barat, nyanyian dan macam2 lagi sangat mempersonakan. air mata aku dah bergenang tengok dorang2 neh. Allah jadikan setiap hambanya ada keburukan dan ada kebaikkan. kita perlulah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. jagalah segala nikmat yang diberikan selagi diizinNya.
pengalaman baru yang sangat berharga :')



No comments:

Post a Comment